Saturday, November 2, 2013

Sustained Release Vita-C Plus



Vitamin C, juga dikenali sebagai ascorbic acid, ialah sejenis nutrien larut-air yang penting untuk tumbesaran yang normal. Vitamin larut-air terurai apabila berada di dalam air. Sisa dan lebihan vitamin ini akan dibuang dari dalam badan melalui air kencing. Oleh itu, bekalan berterusan vitamin seperti ini amatlah diperlukan.

Vitamin C adalah penting untuk :-

  • Membentuk protein yang penting untuk pembinaan kulit, tendon, ligamen dan pembuluh darah
  • Membentuk kolagen , juga sejenis protein yang diperlukan untuk membantu menyembuhkan luka
  • Membaiki dan memelihara rawan, tulang dan gigi
  • Meningkatkan keupayaan untuk menyerap zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan

Vitamin C juga adalah merupakan salah satu anti-oksidan. Apa itu antioksidan? Antioksidan adalah nutrien yang menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Berikut adalah info tentang radikal bebas yang anda perlu tahu :-

  • Radikal bebas terhasil ketika tubuh badan menukarkan makanan kepada tenaga ataupun ketika kita terdedah kepada asap rokok dan radiasi
  • Radikal bebas yang terkumpul untuk satu jangkamasa yang panjang mengakibatkan proses penuaan
  • Radikal bebas juga merupakan salah satu penyebab kepada kanser, penyakit jantung dan kondisi seperti arthritis

Vitamin C TIDAK menyembuhkan atau mengurangkan risiko jangkitan demam selsema. Walaubagaimana pun, mereka yang mengambil Vitamin C dengan kerap dan teratur didapati cepat sembuh daripada demam selsema atau pun mengalami demam selsema yang tidak teruk. Mengambil Vitamin C selepas dijangkiti demam selsema tidak memberikan sebarang kesan penyembuhan.


Kekurangan Vitamin C mengakibatkan :-
  • Anemia
  • Gusi Berdarah
  • Kurang daya tahan jangkitan penyakit
  • Kadar penyembuhan luka yang lambat
  • Rambut kering dan bercabang
  • Cepat lebam
  • Gingivitis (keradangan pada gusi)
  • Hidung berdarah
  • Kemungkinan untuk pertambahan berat badan kerana metabolisme lambat
  • Kulit kasar, kering dan bersisik
  • Sakit dan bengkak sendi
  • Enamel gigi lemah

Cara Pengambilan:-

  • untuk penjagaan kesihatan : 2 kali sehari , 2 biji setiap kali (sebelum atau selepas makan)
  • untuk melawan kanser, influenza, penyembuhan penyakit : 3 kali sehari 2 biji setiap kali

Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet.
* Produk ini bukan tujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan penyakit.

No comments:

Post a Comment