B-Complex merupakan di antara kumpulan vitamin yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Di entri kali ini, ingin saya kongsikan serba sedikit tentang fungsi, kepentingan dan kesan akibat dari kekurangan B-Complex pada setiap individu. Di antara fungsi B-Complex ialah:
• “B” for beauty – True beauty radiates from within. *wink*
• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein.
• Anti stress (sebagai penenang).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan.
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Vitamin B-12 (mecobalamin) bantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak – komplikasi biasa bagi mereka yang menghidap diabetes.
Punca kemusnahan B-Complex ialah :
- Jenis larut air – perlu sentiasa di ganti.
- Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – proses memasak. Makan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga. Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
- Stress – tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
- Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex. Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.
Dan, saya sangat-sangat ingin sarankan ibu-ibu yang mengandung, terutama sekali yang menghidap diabetes, agar sekurang-kurangnya tidak skip pengambilan B-Complex ini.
Shaklee B-Complex dilengkapi dengan asid folik. Maka, ibu mengandung hanya perlu makan satu biji tablet B-Complex sahaja untuk mendapatkan khasiat kedua-duanya. Dan, disarankan agar si ibu meneruskan pengambilan B-Complex ini setelah melahirkan cahaya mata nanti kerana, ianya boleh membantu menenangkan si ibu di dalam pantang (confinement), lalu mengelakkan “meroyan“. Selain itu, melalui penyusuan susu ibu, khasiat B-Complex ini juga akan dapat dinikmati oleh si manja, pada kadar yang berpatutan.
Kandungan Shaklee B-Complex:
B1 : Thiamin
B2 : Riboflavin
B3 : Niacin
B5 : Panthothenic acid
B6 : Pyridoxine
B7 : Biotin
B9 : Folic Acid
B12 : Cyanocobalamin
Kesan kekurangan B-Complex akan menyebabkan : Keletihan, lemah badan, hilang selera makan. Kegelisahan, gangguan tidur. Beriberi, iaitu sejenis penyakit “metabolic disorder” dengan gejala seperti bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung. Sakit pada bahagian abdomen. Sembelit. Gangguan mental atau emosi. Pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung.
Untuk kesihatan berpanjangan : 1 biji sehari (selepas makan)
untuk rambut gugur, anemia, kesakitan : 2-3 sehari, 1 biji(selepas makan)
Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet.
* Produk ini bukan tujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan penyakit.

No comments:
Post a Comment