Shaklee memberikan 2 pilihan Vitamin C kepada pelanggannya iaitu Sustained Release Vitamin C500mg dan Vitamin C Chewable 100mg. Setiap jenis Vitamin C ini mempunyai cara tindakannya yang tersendiri dan juga keistimewaanya ke atas tubuh badan pemakannya.
Selalu orang salah anggap Vitamin C Chewable ini hanya sesuai untuk kanak-kanak. Tanggapan ini salah sama sekali! Vitamin C Chewable ini sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak hinggalah ke golongan berusia.
Bagi kanak-kanak, boleh ambil terus sebiji sebab dos 100mg dalam setiap biji vitamin, dah bersesuaian untuk usia kanak-kanak. Kalau orang dewasa, boleh ambil sampai 5 biji sehari samada diambil sekaligus 5 biji atau satu-satu. Cara makan Vitamin C Chewable ni pun seronok sebab rasa macam makan gula-gula je sebab boleh dikunyah-kunyah. Rasanya pun sedap! Kalau bagi kat budak-budak, tak cukup satu. Mesti dia minta lagi! :D
Diperkaya Dengan Bioflavonoids Dan Rose Hips
Badan kita mampu untuk melakukan banyak perkara tetapi badan tidak dapat menghasilkan dan menyimpan Vitamin C. Vitamin C Chewable Shaklee diperkayakan dengan Bioflavonoids dan Rose Hips untuk membantu meningkatkan lagi fungsi Vitamin C dan mengelakkan pengoksidaan Vitamin C dalam badan.
Memandangkan Vitamin C semulajadi selalunya dijumpai dalam tubuh badan dengan faktor yang berkaitan, Shaklee meniru keadaan semulajadi dengan cara menambahkan bahan Bioflavonoids dan Rose Hips yang mengandungi Vitamin C yang sangat berkait-rapat.
Keistimewaan Chewable Vita-C Plus
- Membekalkan 100MG Vitamin C yang ditambah dengan rose hips dan bioflavonoids complex. Rose hips dan bioflavonoids ni membantu meningkatkan lagi fungsi vitamin c apabila masuk kedalam tubuh badan kita.
- Boleh dikunyah dan SEDAP. Mempunyai rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren sangat ideal untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
- Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur akan membantu dalam pemecahan Vitamin C, membuatkannya sedia untuk diserap apabila ia disalur ke usus kecil kita.
- Pengambilan beberakali sehari akan membantu memastikan penyerapan lebih efektif berbanding jika kita makan beberapa biji sekali gus.. Ingat Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing.
- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Kelebihan Dan Kebaikan Vitamin C Chewable Shaklee
Vitamin C Chewable 100mg Shaklee membantu meningkatkan imun sistem dalam badan
dengan cara berikut:
- Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh
- Membantu memelihara sel badan
- Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah
- Rasa sitrus yang hebat
- Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet
Selain daripada kebaikan yang tersenarai di atas, seperti yang kita tahu Vitamin C adalah sangat berfaedah untuk kesihatan antaranya ialah:
- Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik
- Sebagai anti penuaan untuk awet muda
- Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan
- Memperbaiki insomnia
- Mengekalkan kolestrol sihat
Dan banyak lagi!
Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur membantu memecahkan Vitamin C. Membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C dalam kuantiti yang sedikit setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan lebih berkesan.
Keperluan Vitamin C dalam badan kita
- Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
- Menguatkan struktur gigi dan gusi
- Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
- Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
- Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapatmengurangkan risiko tekanan darah tinggi
- Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
- Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
- Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
- Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
- Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
- Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
- Membantu dalam proses pemulihan kudis
- Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
- Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
Apakah Akibat Kekurangan Vitamin C?
- Lemah badan
- Sakit-sakit dan sengal badan
- Bengkak gusi
- Hidung berdarah
- Scurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
mengalami selsema atau demam : 2 biji sehari
untuk pemeliharaan kesihatan :1 biji sehari selepas makan.
Tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet.
* Produk ini bukan tujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan penyakit.

No comments:
Post a Comment